Http://www.blogger.com

Thursday, October 27, 2016

JANJI ALLAH ITU PASTI

JANJI ALLAH ITU PASTI

LA YA ZUK, WALA YA ARIF
Maksudnya: “Hanya yang menikmati sahaja yang tahu rasanya”.
“ANA SIRRI WA ANA SIRRUHU”
Maksudnya: “Aku rahsiamu dan kamu rahsia Aku”.
“LA MAUJUD BIL HAQQI ILALLAH”
Maksudnya “Tiada yang wujud hakiki, selain Allah”.

Hadis Qudsi: Allah s.w.t berfirman: “Aku menurut sangkaan hamba kepada-Ku, dan Aku bersamanya apabila dia INGAT kepada-Ku. Jika dia INGAT kepada-Ku dan dalam dirinya maka Aku mengingatnya dalam diri-Ku. Jika dia INGAT kepada-Ku dalam kelompok orang-orang yang lebih baik dari kelompok mereka. Jika dia mendekat kepada-Ku sejengkal maka Aku mendekat kepadanya sehasta. Jika dia mendekat kepada-Ku sehasta maka Aku mendekat kepadanya sedepa. Jika dia datang kepada-Ku dengan berjalan maka Aku datang kepadanya dengan berlari-lari kecil.

Soalnya bagaimana mahu INGAT, jika belum KENAL? Inilah yang akan dipelajari. KENAL Allah barulah dapat sebenar-benar INGAT Allah.

PERLU DIINGATKAN Belajar Ilmu Mengenal Diri ini adalah untuk pegangan tauhid dan mengesakan Allah sebagai bekalan dihari kemudian. Jika dunia yang kita kejar, belum tentu akan tercapai tetapi jika akhirat yang kita kejar, dunia akan ikut bersama. Janji Allah itu PASTI.

Belajar Ilmu Mengenal Diri Ini:
BUKAN untuk menjadi hebat
BUKAN untuk menjadi kuat
BUKAN untuk dapat melihat alam ghaib
BUKAN untuk ghaib dari pandangan
BUKAN untuk dapat berjalan di atas air
BUKAN untuk boleh terbang
BUKAN untuk menjadi bomoh
BUKAN untuk menjadi kebal dan sebagainya.

No comments:

Post a Comment