Http://www.blogger.com

Thursday, October 27, 2016

Ibarat Jasad adalah sangkar, dan ruh adalah burung

TERBANG BURUNG TERBANG SANGKAR

Tidak disangkar, ia dekat
tidak dipelihara, ia datang
demikian burung adanya
yang bebas merdeka,
tanpa harus terkurung dalam keterbatasan
tanpa harus terkurung dalam kebebasan,
kerana makna adalah sangkar,
kerana wawasan adalah kurungan,
mengapa mesti mengurung diri
mengapa diri mesti terkurung,
bila kebebasan juga kurungan
bila keterbatasan juga kurungan.
Terbang tanpa sayap
hinggap tanpa dahan
bersangkar tanpa kurungan,
demikian burung adanya
yang bebas merdeka,
yang menemukan jalan kebabasannya
yang meraih kemerdekaannya,
kerana keterbatasan adalah keterbatasan
kerana kebebasan adalah kebebasan,
mengapa diri mesti tergantung pada keterbatasan
mengapa diri mesti mecari jalan kebebasan,
bila kemerdekaan adalah hakikat diri
yang sesungguhnya
bila kemerdekaan adalah hak diri
yang mengenal dirinya.
Terbang burung
terbang sangkar,
demikian burung adanya
yang terbang burung, terbang sangkar,
burung dan sangkar terbang bersamanya
sangkar dan burung terbang membawanya,
kerana burung adalah ruhani
kerana sangkar adalah jasmani,
hidup dalam bersama, kembali dalam bersama
kembali dalam bersama, hidup dalam bersama.

No comments:

Post a Comment