Http://www.blogger.com

Thursday, October 27, 2016

SIAPAKAH AKU DIPANDANGAN SUFI

SIAPAKAH AKU PANDANGAN SUFI

Pernahkah anda terfikir siapakah AKU itu?
Pernahkah anda terbayang apakah AKU kita itu?
Sebenarnya AKU kita ini adalah RUH kita, bukan badan kasar ini. Badan kasar ini akan mati sekiranya tiada RUH. Sekiranya tiada RUH, badan kita akan hancur binasa.
  
   RUH kita inilah diri kita yang sebenarnya,.RUH ini hidup dan tidak akan mati. RUH inilah juga Zat diri kita.

    RUH ini juga limpahan Yang Maha Hidup yaitu Allah SWT. Allah itu hidup. Dia mempunyai sifat hidup. Maka hidup(RUH) kita adalah limpahan dari hidup Allah itu.

   RUH ini juga digelar “bayangan” Yang Maha Hidup itu. RUH itu bayang kepada Yang Empunya Bayang. Yang Empunya Bayang itu ialah Allah, dan RUH kita itu adalah “bayangan” Allah itu. Demikian pendapat-pendapat ahli-ahli Sufi.
Allah itu tidak kelihatan, Maha Ghaib dan tidak ada satupun yang seumpama denganNya. Bagaimana kita dapat tahu adanya sesuatu yang tidak kelihatan dan tidak terperikan. Ibarat angin, kita tidak nampak angin, tetapi bagaimana kita tahu angin sedang bertiup dan angin itu ada? Jawabnya,
    ***kita tahu adanya angin itu kerana ada kesannya. Bila daun pokok bergoyang, kita tahu angin sedang bertiup. Kalau kita rasa hembusan, maka itu adalah hembusan angin, sebagainya. Goyangan daun dan rasa hembusan itu adalah tanda-tanda adanya angin. Kita tidak nampak angin tetapi kita tahu adanya angin melalui tanda-tandanya.

   Demikian jugalah keadaannya dengan Allah SWT. Kita tidak nampak Dia, tetapi kita rasa dan percaya adaNya melalui tanda-tandaNya. Tanda-tanda Allah itu ialah alam semesta raya ini. Tanda-tanda ini dalam bahasa Arab ialah Hayat.......
Oleh itu, alam semesta raya dan diri kita ini adalah Hayat Hayat Allah belaka.

   RUH sangat tinggi martabatnya, melebihi peringkat malaikat. Tempatnya di sisi Allah yang Maha Tinggi. RUH inilah yang mengenang Allah (zikrullah) seolah-olah kerjanya mengenang Allah sahaja. Seolah-olah makan minumnya “zikrullah” sahaja.

  RUH yang suci ini sentiasa mentauhidkan Allah Yang Maha Suci. Tauhid padanya ialah menyekutukan Allah.
   RUH ini sangat cinta kepada Allah SWT. Ia memuja dan memuji Allah sentiasa. Allah itu kekasihnya.
   Cukuplah Allah itu baginya.
Demikian perhubungan Allah dengan RUH, menurut pandangan ahli-ahli Sufi.......

No comments:

Post a Comment