Http://www.blogger.com

Thursday, October 27, 2016

PINTU MAKRIFAT

PINTU MAKRIFATULLAH

Sebelum ada ciptaan, Allah swt sahaja yang ada. Nabi Muhammad (saw) ada bersabda yang bermaksud:

Pada permulaan Allah swt sahaja ada dan tiada apa pun ada sebelumNya.

Apabila Allah swt mahu menjadikan ciptaan kesemuanya, Dia hanya berfirman, “Jadilah” maka kesemua ciptaan terjadi.

Apabila Allah berkehendak menetapkan sesuatu maka Allah hanya cukup berkata kepadaNya, “Jadilah” lalu jadilah dia. Ali Imran (3):47; An Nahl (16):40.

Kalau Allah swt sahaja yang ada pada permulaan maka daripada sumber mana datangnya segala sesuatu? Kalau pada permulaan ada wujud yang lain selain Allah swt maka runtuhlah tauhid.

Soalan ini masih janggal dan sangat rumit dan susah kerana: apakah hubungan di antara Pencipta dan ciptaan? Adakah Pencipta dan ciptaan wujud berasingan. Kalau ini benar, ia meruntuhkan tauhid kerana ada sesuatu yang wujud selain daripada Allah swt. Ataupun adakah kedua-duanya sama, ini pula akan memperkuatkan keyakinan yang mutlak (melihat Allah  pada setiap ciptaan).
Setiap Ciptaan..... Aku menyatakan diri Aku Allah swt..

No comments:

Post a Comment