Http://www.blogger.com

Thursday, November 17, 2016

ASAL MULA DIRI DALAM ALAM MAKRIFAT

ASAL MU ASAL DIRI ALAM MAKRIFAT

Maka
Allah lingkupnya di Nur Muhammad itu sendirinya
di dalam perkataan KUN FAYAKUN
dan Nur MUhammad itu sendiri di dalam lingkup daripada Nur Zat

semesta sekalian alam semesta ini perbuatan Nur juga

Maka barang siapa belum tahu jalan ini
jangan membaca ini

kerana akan menjadikan sesat kepada dirinya
dan jika sudah tahu ...
b a c a l a h ...

kerana ini ilmu yang haq ...

Syariat tanpa Hakikat hampa
dan
Hakikat tanpa Syariat bathil atau sia-sia

adapun yang bernama RAHSIA itu Sir ALLAH jua

adapun kita ini bertubuhkan Muhammad zahir dan bathin
bertubuhkan Ruh namanya

Maka tiada kita kenang-kenang lagi
hati dan tubuh hanya bertubuh bathin saja
namanya artinya Muhammad jua yang jadi tubuh kita ini

jadi hakikatnya kita ini bertubuhkan Ruh Idhofi juga
sebab
Muhammad itulah yang bernama Rahsia Sir Allah

adapun UJUD itu Ujud Allah Ta'ala

sekali lagi jangan ada ujud lain daripada Allah Ta'ala
inilah sebenarnya diri

begitu pula kelakuan jangan ada yang lain
kerana jika ada menjadi Nafsiah Hamba juga

adapun Nafsiah Robbah itu tidak menerima salah satu
melainkan suci zahir bathin

Zat artinya Ujud Allah semata-mata

itulah yang sebenar-benarnya diri kita
jangan ragu lagi pada kata ini

baik berjalan itu Ujud Allah
melihat itu Bashar Allah
dan berkata-kata itu Kalam Allah
dan lain lain.

jangan ada ujud yang lain
jika ada maka batal ...

firman Allah :

ANA FI DZHONI ABDI
Aku berada dalam prasangka hamba-Ku

maka sudah lengkap ujud kita ini
ujud Allah Ta'ala

ingatlah akan firman Allah tersebut
jangan lagi mengatakan bathil

jika sudah tahu ujud dirinya ujud Allah juga dan Tiada lupa dan Tiada bershariat dan Tiada berhakikat dan bermakrifat
melainkan kudrat Allah swt

AL INSAANU SIRRI WA ANAA SIRRAHU WA SIRRI SIFAATI WA SIFATII LAGHAIRI

artinya :

Insan itu Rahsia-Ku dan Aku lah Rahsianya dan Rahsia itu Sifat-Ku dan Sifat Aku itu Tiada lain daripada Aku

No comments:

Post a Comment