Http://www.blogger.com

Monday, November 21, 2016

Shuhud

SHUHUD

Adapun Takbiratul Ihram itu hendaklah kita hadirkan hati kita mushahadahkan kepada Zat Allah Taala dahulu lagi sebelum takbir, takala qamat itu niatkan didalam hati kita pulangkan sekelian pancar indera yang lima daripada kita itu demikianlah niatnya. Tiada pandang ku hanya Allah dan tiada penglihat ku hanya Allah dan tiada pencium ku hanya Allah dan tiada gerak dan diam ku hanya Allah dan tiada diatas dan tiada dibawah ku hanya Allah dan tiada hadapan ku dan tiada belakang ku hanya Allah dan tiada kanan dan tiada kiri ku hanya Allah dan tiada jauh dan tiada hampir ku hanya Allah dan tiada didalam dan tiada diluar ku hanya Allah dan tiada hamba dan tiada Tuhan ku hanya Allah dan adapun Allah itu wujud kita yang bathin hingga sampai kepada Zat Allah Taala. Maka katalah usholi adapun syarat Takbiratul Ihram itu dalil Ertinya tukarkan cahaya dirinya dengan cahaya Allah, adapun murad tukarkan cahaya itu Ertinya mati kamu dahulu daripada mati.

Adapun syarat mati itu memulangkan amanah Allah untung dagang pada kita, adapun yang dikatakan amanah Allah, itu wujud kita yang kasar dan yang menanggung amanah  Zat Allah Taala itu takala kita mengatakan Lillahi Taala itu syaratnya hendaklah kita tarik nafas takala naik didalam fuad kita itu hingga sampai ke Alam Qudus dan makam  maka serta kita tahan nafas kita hingga limpah rasanya pada sekelian alam kita serta kita berniat hapus wujud Aku yang kasar kepada wujud Aku yang bathin, hapus wujud Aku yang bathin kepada wujud Zat semata mata kepada shuhud kita, maka hapuskanlah sekelian Sifat Basirah diri kita itu didalam Laut Bahru Qodim hingga nyatalah sifat laut itu semata mata iaitu Ilmu Allah. Maka kita kata Allahu Akbar telah fana sekelian keadaan diri kita maka nyatalah yang keadaan Zat Allah semata-mata, inilah yang kita shuhud hingga sampai salam jangan lalai kita kepadanya.

Murad shuhud itu pandang dengan mata hati itu pengetahuan nyawa, alam nyawa dan itulah iman inilah Sirru Allah iaitu cahaya ilmu qalam Zat Allah Taala tiada huruf tiada suara wujud yang Mutlak sebenar-benarnya Allah. yakni kenyataan Zat Wajibatul Wujud inilah yang dinamai shuhud, inilah pegawai sekelian ambia-ambia dan sekelian aulia-aulia dan sekelian wali-wali Allah yang arifbillah yang kamil mertabat Nafsu Rodhiah dan AlMardiah dan Kamilah inilah Makarunah Kamaliah namanya, barangsiapa dapat memakam makarunah ini jikalau kanak-kanak umur tujuh tahun sekali pun dihukumkan wali dan hukumkan aulia diperliharakan Allah Taala daripada segala azabnya dan dianugerahkan Allah Subahanahu Wa Taala atasnya masa itu mati hingga sampai ke hari kiamat seperti orang tidur pagi bangun petang, dimana perasaannya diperliharakan Allah Taala dengan tubuhnya yang kasar tiada binasa kerana nyawanya itu berdiam didalam jasadnya itulah sebab tiada binasa jasad itu Kamil dengan Nyawa, Kamil dengan Allah.

Adapun sembahyang yang sebenar-benar itu yang menyembahnya itu hamba yang disembah itu Allah. Maka yang menyembah itu Fana yang disembah itu Baqa dan adapun yang menyembah itu pulanglah kepada Adam, maka kekal yang disembah itu semata-mata pada shuhud kita, maka yang menyembah pun Allah yang disembah pun Allah dan yang memuji pun Allah yang dipuji pun Allah kerana Allah Taala itu memuji diri diatas lidah hambanya kerana lidah hambanya itu pegawai Tuhannya Maka yang hamba itu tentulah fana sebab ditilik sekelian keadaan dirinya habis terpohon kepada Allah Taala, sekelian Kudrat dan Iradat sekelian itu daripada Allah Taala semata-mata maka tentulah fana diri hambanya maka kekallah Zat Allah semata-mata nyatalah kekalnya hingga kepada salam. Inilah yang kita shuhud, maka inilah yang sebenar-benar sembahyang segala orang yang arif.

No comments:

Post a Comment