Http://www.blogger.com

Monday, November 28, 2016

MENGENALI DIRI SENDIRI

Mengenal Diri

Banyak orang beranggapan bahwa yang dimaksud dengan Diri adalah yang kelihatan iaitu jasad kasar kita ini atau yang di sebut dengan panggilan Badan. atau Tubuh.
Sebenarnya bukan itu yang dimaksudkan disini..

Diri yang di maksudkan itu adalah Diri Sebenar Diri, yang duduknya di dalam Jasad atau tubuh kasar kita ini.
**Mari kita pisahkan antara :
**Mana Jasmani mana Rohani
**Mana Diri terdiri dan Diri terperi,
**Mana Jiwa dan mana Raga
**Mana Zahir dan mana Batin.

Baiknya kita fahami terlebih dahulu perbezaan dua kata ini, sebelum kita berkata..
Diri berbeza dengan Badan, Jasmani tentunya berbeza dengan Rohani, Jiwa berbeza dengan Raga dan pastinya Zahir berbeza dengan Batin,

Jika tidak mengapa ada dua perkataan tersebut yang senatiasa menjadi sebutan kita?

Kita selalu menyebut akan kata-kata diatas ini, tapi tahukah kita perbezaan antara keduanya?

Perbezaan inilah yang banyak orang tidak dapat menerangkan dengan jelas apalagi untuk dapat merasakan perbezaannya.

Bahawasa nya.......
Jasad kasar kita ini atau badan kita ini tidak dapat hidup dengan sendirinya,
Jasad atau Badan kasar kita ini yang kita jaga dan dipercantik, sebenarnya cuma benda mati, yang tidak dapat berbuat apa apa jika tidak ada “Penghidupnya” yang duduk nya didalam jasad itu sendiri.

Penghidup inilah yang dipanggil Diri Sebenar Diri.
Diri yang berdiri dengan sendiri dan yang wujud apabila Roh memasuki Jasad ,
Sekali lagi.. Diri sebenar Diri wujud sesudah Roh berada di dalam Jasad.
Sebagaimana tentang wujudnya Adam pada mulanya..
Alkisah............

Setelah Malaikat menyiapkan Jasad Adam maka Jasad Adam terbaring kaku, dan Allah pun memerintahkan Roh untuk masuk ke dalam Jasad Adam, kemudian bertanyalah Roh kepada Allah ” Ya Allah melalui jalan manakah aku harus masuk?” maka Allah pun menjawab, ” Masuklah melalui mana saja yang kamu suka” dan seterusnya Roh memasuki Jasad Adam melalui Hidung. untuk selanjutnya kita bernafas melalui hidung.

Jadi melalui cerita ini dapatlah kita fahami bahwa ketika Roh masuk ke dalam jasad Adam, barulah Adam hidup dan seterusnya bangun dan berdiri, ini jelas menunjukkan setelah Roh masuk kedalam Jasad barulah Jasad hidup atau juga disebut BERNYAWA.

Maka…
Diri sebenar Diri adalah…
Setelah Roh memasukki Jasad, barulah wujudnya “Diri” atau jelasnya “Diri” ini DATANG
Kesimpulannya…

Roh itu adalah Cahaya dan ketika ia memasukki jasad maka cahaya tadi memenuhi ruang jasad di dalam dan akan menjadi saperti jasadnya sendiri.
Maka dengan sebab inilah “Diri” itu rupanya sama dengan jasadnya sendiri, HANYA SAJA ia ghaib.

Dan harus diingat hanya yang GHAIB saja yang dapat menghubungi yang GHAIB.
Cahaya (Diri) tadi mengalir ke seluruh jasad di dalam, dan dialah yang menjadi “PENGHIDUP” kepada Jasad. Dia lah hidup sebenar benar hidup, lagi menghidupkan.

No comments:

Post a Comment